Friday, December 24, 2010

Assalamu'alaikum Sahabat

Assalamu’alaikum...

Lama tak bertemu..aku mintak maaf banyak-banyak..mungkin kerana kerja yg menghalang aku lama tidak berada disini. Kepada sahabat2 yg sudah berjaya..aku doakan kamu sekelian terus maju dan terus berjuang demi Bangsa Melayu dan Tanah Air tercinta ini. Perjuangan kita masih belum selesai..kenapa?..kerana perjuangan kita hari ini adalah untuk anak2 kita dikemudian hari.

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. (QS, Ibrahim : 7)

Dulu, aku masa sekolah rendah ayah aku parti DAP..masa tu aku mana tahu parti tu apa...aku suka tgk orang ramai2 kat padang..cakap yg entah apa2..ronda dengan basikal..makan jagung rebus..masa tu dah macam fun fair. Manusia punya la ramai..dah macam ulat taik...semata2 nak dengar ceramah ayah aku..cakap sikit2 tapi sorak kuat macam nak halau hantu...kihkih..masa tu la kan..

Dalam banyak2 perkara dalam kempen pilihan raya waktu itu ialah tidak ada perkara2 yg menghentam peribadi sesiapa baik dari hadapan mahupun dari BELAKANG... seingat aku la mereka hentam dasar2 kerajaan yang tidak betul..atau yg tidak adil kepada rakyaat..berbeza dengan keadaan sekarang...memang jauh beza. Masa tu aku lagi la tak ngerti apa2..orang sorak aku pun sorak..nak beli jajan mintak duit kat ayah belakang pentas..aku rasa masa tu ayah loaded..sekali ceramah aku rasa dapat rm50...masa tu rm50 cukup besar..bayangkan la kalau hari2 berceramah sepanjang kempen itu...aku juga la yang untung..beli itu beli ini..haha.

Zaman tu pembangkang hanya la bertindak sebagai pembangkang sahaja..aku rasa la..sekarang ni dah berubah gaknya..kalau boleh nak gulingkan kerajaan yg ada...dah macam zaman jepun..tu masih ok lagi tapi yg satu nie buat aku tertanya-tanya..betul ke undi PAS masuk syurga?...ada ke yg sudah balik dari syurga dan beritahu kepada org pas mereka telah masuk syurga kerana mengundi pas dahulu..semua itu tidak pasti. Memang senang kalau nak menabur janji yg tidak pasti..emas..duit..tanah..syurga..neraka..dan macam2 lagi..semua boleh janji tapi kalau gunung tu kita kerok sikit2 pun boleh jadik rata..apa makna semua tu...biar negara muflis asalkan mereka dapat menubuhkan kerajaan PR. Secara logiknya aku kira semua itu hanya sekadar cakap-cakap yg menyedapkan hati mereka sendiri..dan itulah yg mereka nak kongsikan dengan kita..cisss.

Wahhhh...masa tu memang DAP dapat undi dari semua kaum kerana rakyat nakkan pembelaan..nakkan pembangunan..dan pada masa tu kerajaan Barisan Nasional bersungguh-sungguh membantu rakyat. Yang tak bestnya masa aku masuk tingkatan satu..aku masih ingat lagi semua rakan-rakan aku mohon biasiswa..aku pun mohon la..orang sibuk aku pun sibuk-sibuk juga..hehe..ya la kalau aku tak mohon siapa nak tanggung semua buku sekolah aku..dah la aku nie dari keluarga yang kurang mampu..senang cerita miskin..rakan-rakan aku belanja kat sekolah singgit..dua hinggit..aku pulak duapuluh sen jer..tu pun seminggu dua kali jer dapat duapuluh sen..hari-hari lain aku langsung tak ada duapuluhsen..harap belas ehsan dari Puan Hanidah ( sekarang nie )..Puan Azizah ( sekarang nie )..Puan Noraini ( arwah )..yang belanja aku..isk..isk. Aku doakan mereka semua bahagia bersama keluarga masing-masing yang entah dimana duduknya sekarang. Budi baik kalian hanya Allah s.w.t sahaja akan membalasnya..dan aku akan membalasnya juga sekiranya aku tahu dimana mereka berada sekarang ini..

Dalam sibuk-sibuk menghantar borang permohonan biasiswa yang aku pohon tu..tetiba jer aku dengar salah seorang guru menyebut nama aku..kemudian dia menjelaskan kepada aku bahawa borang permohonan yang aku hantar itu akan di rejectnya kerana ayah aku adalah orang kuat DAP..rakan-rakan aku pun gelak..aku pun turut gelak pasal aku ingat cikgu tu hanya bergurau jer..pada masa tu memang aku tak tahu boleh jadik cam tu..maklum la..aku baru 13 tahun mana tahu ada parti itu..parti ini kat sekolah..rupa-rupanya apa yang cikgu tu cakap memang dimaksudkan..borang aku menghala kebakul sampah kerani sekolah depan mata aku plak tu..huhuhu

Pada masa tu aku tak ambil hati sangat kat cikgu yang buat aku cam kambing..takpe..dah tugas dia nak buat camana. Aku terus menjalani hidup aku cam biasa..cari duit lebih pada sebelah malam kat warong pakcik Sarip ( arwah )..buat air..kipas satay..basuh pinggan..sapu sampah..dan semua keja yang bersangkutan dengan warong. Kadang-kadang balik lewat pagi kalau ramai orang. Masa tu aku kena keja la untuk tampung perbelanjaan aku sendiri..setelah aku tahu permohonan biasiswa aku ditolak..sehinggalah aku tingkatan lima.

Masa aku tingkatan empat ayah aku bertanding parti Bebas kerana DAP pun nak juga masuk bertanding..mula-mula DAP nak bagi laluan kat Bebas tapi saat-saat akhir tempoh penamaan calon DAP datang dengan sombongnya..masa tu baru aku tahu sifat orang cina DAP nie....aku masih ingat lagi Tan Sri Musa Hitam pun ada datang memujuk orang tua aku supaya berundur dari mewakili Bebas..pujuk supaya masuk UMNO..dan bermacam-macam pujuk lagi. Hati orang tua aku memang keras pada masa tu..semua tawaran Tan Sri Musa ditolaknya..masa tu aku baru faham sikit-sikit apa itu Politik.

1 comment:

  1. salam 1 malaysia...saya telah paut kan blog anda utk blog saya.penulisan blog anda memang hebat.tahniah di ucapkan.kalau boleh paut kan blog saya utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..

    http://badutrakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete